KENALI SAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum saya cerita serba sedikit tentang diri saya, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya. Semoga anda dapat manfaat daripada perkongsian saya di blog ini. Dan jika anda rasa perkongsian saya membawa manfaat kepada masyarakat, anda boleh share artikel saya ni di media sosial anda. Bak kata orang putih, “Spread the goodness”.

Ok jadi kita mulakan sesi taaruf kita cehh.. haha okay nama saya Muhammad Nasuha Bin Ajis. Saya berasal dari Kluang Johor dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Saya merupakan anak Ketiga daripada 5 Beradik biasa lah kan anak yang tengah-tengah ni dia advance sikit haha. Hobi saya adalah Travel, hiking dan a few activities lagi yang saya minat. Saya mula minat untuk menceburi bidang perniagaan ni sejak kecil lagi dimana saya mengikut ayah dan ibu saya yang mana beliau sewaktu saya kecil beliau selalu bawa saya ke kedai makan beliau dan dari situ ayah saya mengajar saya tentang perniagaan dari segi pengiraan kos dan sebagainya. Ingin menambahkan lagi ilmu, Setelah saya menamatkan persekolahan saya dan saya berkerja di syarikat perniagaan untuk saya belajar ilmu perniagaan sehingga saya masuk ke universiti dan saya membuat perniagaan sendiri iaitu perniagaan saya masa itu adalah tudung dan perfume. haha dengar macam tak percaya kan? Lelaki jual tudung? haha tetapi itu lah hakikatnya sampaikan kat sana makcik/pakcik panggil saya Abang Tudung. Alhamdulillah dengan perniagaan tudung itulah saya dapat menampung sara hidup saya disana. Asalnya dulu saya fokus pada perniagaan tudung dan minyak wangi sebagai sampingan malah sekarang saya fokus pada perniagaan minyak wangi saya dan sekarang ada produk terbaru iaitu Madu Kelulut original tau bukan tiruan mahupun bahan campuran haha.  Lupa saya nak cakap cita-cita saya sekarang adalah ingin menjadi Global Speaker supaya saya boleh memberi semangat motivasi dan membantu Usahawan seluruh dunia. In shaa Allah Aminn.

 

Ikhlas,
Nasuha