3 SEBAB PERNIAGAAN ONLINE SELALU GAGAL?

3 SEBAB PERNIAGAAN ONLINE SELALU GAGAL?3 SEBAB PERNIAGAAN ONLINE SELALU GAGAL?

3 SEBAB PERNIAGAAN ONLINE #1 TERLALU FOKUS PADA FACEBOOK DAN INSTAGRAM

3 sebab perniagaan online gagal. Fokus mereka hanya pada facebook dan instagram kan?  Betul tak apa yang saya katakan? Kenapa salah ke berniaga di facebook dan instagram? ini soalan yang sering saya terima. Saya tak kata anda salah cuma facebook dan instagram kurang efektif kerana ianya adalah media sosial jadi nama pun media sosial tempat untuk kita bersosial bersama prospek kita untuk kita build relationship antara kita dengan prospek bagi mereka kenal kita, apa yang kita meniaga. Macam posting saya sebelum ini tentang Nak Berjaya Dalam Bisnes Online? Kalau anda perasan la sekarang ini facebook reach makin rendah dan fb ads pula makin mahal. betul tak? Ok saya nak beritahu la kebanyakkan pengguna dimalaysia yang aktif dan ada account facebook 50% lagi 50% lagi tidak ada account facebook. Ok saya beri contoh, makcik saya pakai tudung tapi makcik saya tidak ada account facebook jadi macam mana usahawan yang hanya fokus pada facebook ni nak dapat pelanggan macam makcik saya? jadi kat sini dia dah rugi lagi 50% tu lah kan? Jadi makcik saya pun kalau nak beli tudung online dia pun search di google.

 

#2 MASALAH USAHAWAN ONLINE TIDAK ADA WEBSITE

Ini adalah yang paling ketara sekali sebab usahawan kita mengaku dia usahawan online tetapi tiada website. Jadi kita sambung balik cerita kita tadi Ok saya nak tanya anda Pernah tak anda dapat comment kat fb atau insta ” Pm harga ” Selalu la kan? jadi lepastu anda pun pm harga, lepas anda pm harga apa dia buat? Dia senyap je kan? Itu yang selalu berlaku lepas kita pm harga dia terus senyap. nak tahu kenapa? Sebabnya saya beri dalam contoh, contoh kalau saya meniaga ubat kurus bila pelanggan kata pm harga je saya pun terus pm harga “RM 100″ jadi sebab dia rasa mahal lah kan? kalau kita pun rasa mahal kan? sebab apa tau ia sebab belian tadi dia rasa mahal atas harga. cuba kalau dia minta kita pm harga dan kita pun pm dia cakap ” Untuk ketahui lebih lanjut sila layari www.jomkurussekarang.com (contoh) jadi bila dia masuk website kita dia akan baca kandungan produk, benefit produk, testimonial pelanggan dan akhir sekali baru kita letak harga. Jadi dia rasa apa? murah lah kan? Sebab apa tau belian atas benefit produk kita sebab dia rasa berbaloi.
*Untuk menguatkan lagi prospek untuk beli anda berikan percuma atau diskaun supaya ia adalah sokongan untuk keputusan belian prospek anda. Ini psikologi untuk menarik pelawat kepada pembeli.

 

#3 MASALAH USAHAWAN ONLINE TIDAK MENGUMPUL DATABASE

Apa yang anda faham tentang database? kebanyakkannya kata ” Eh, saya dah ada database, follower saya kat facebook ada 100 RIBU “. Saya tak kata anda salah cuma itu bukan database anda. Itu adalah sepenuhnya database milik syarikat facebook. Database yang saya maksudkan adalah dimana kalau anda pernah masuk laman web company yang besar kebanyakkannya akan ada ruangan untuk isi nama dan alamat email. Itu adalah database yang saya maksudkan, Ok kita sambung cerita yang tadi dimana kalau anda post di facebook atau instagram tak semua followers kita dapat lihat post kita tadi kan walaupun kita ada 100 RIBU followers tapi yang dapat lihat post kita hanya 100 orang sahaja. Tapi cuba kalau anda dapat kumpul 1000 sahaja nama dan alamat email pelawat anda bermakna itu adalah HOT PROSPECT anda, dan dengan database itu anda buat email marketing secara auto yang mana kalau anda pernah subcribe mana-mana website, masa dia email tu ada nama anda sekali kan? itu bukan dia taip satu-satu tetapi ianya auto. Jadi kesimpulannya, kalau anda ada 1000 nama dan alamat email bila anda send email promotion atau diskaun jadi 1000 orang la yang akan dapat email anda tu. betul tak?
jadi dengan cara ini juga anda dah jaga pelanggan lama anda yang pernah membeli dengan anda sebab mereka dan pernah cuba produk anda jadi bila anda buat email marketing mereka akan beli sebab mereka dah tahu dan percaya dengan produk anda.

 

Share & komen dibawah jika anda mahu saya bantu anda atau klik disini untuk perkhidmatan membina website

6 thoughts on “3 SEBAB PERNIAGAAN ONLINE SELALU GAGAL?

  1. Hi. I have checked your imnasuha.com and i see you’ve got some duplicate content so probably it is the reason that you don’t rank hi in google.
    But you can fix this issue fast. There is a tool that generates content like
    human, just search in google: miftolo’s tools

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *