Monthly Archives: July 2018

Kenapa Bisnes Online Perlu Ada Website?

Kenapa Bisnes Online Perlu Ada Website?Kenapa Bisnes Online Perlu Ada Website?

1. Kenapa Bisnes Online Perlu Ada Website? Kenapa kebanyakkan usahawan di malaysia ni dia mengaku dia bisnes online tetapi website tiada? Tetapi sekadar bisnes online hanya fokus pada media sosial? Sebab itu kebanyakkan usahawan kita tak berkembang kerana terlalu fokus pada sosial media. Boleh rujuk posting saya sebelum ini tentang 3 sebab kenapa usahawan online selalu gagal?. Ok, kita sambung kenapa perlu ada website? sebab bila kita ada website ia telah memudahkan kerja kita ia itu kita tak perlu membazir masa untuk menjawab pertanyaan customer sebab di website kita boleh letak “all the detail” tentang produk kita contohnya benefit produk testimonial dan Frequently asked questions  dan apa yang customer nak tahu tentang produk anda semuanya ada dalam website dan tanpa ragu beliau beli produk kita dan next tanpa kita perlu whatsapp belian atas talian menggunakan payment gateway yang mudah anda akan dapat email detail customer dan pos! Mudah bukan? Ini menyelamatkan anda daripada membuat keputusan belian atas harga macam di facebook/instagram, apabila ada yang comment ” Bro pm harga ” lepas pm harga terus diam. Sebab dia rasa mahal dan tidak berbaloi tapi kalau anda ada website bila dia kata pm harga anda pun cakap “untuk keterangan lebih lanjut tentang harga sila layari www.domainanda.com . Jadi bila dia klik link website anda dan dia baca apa yang terkandung dalam website anda macam yang saya cakap tadi benefit, testimonial, Frequently asked questions macam yang saya highlight diatas dan anda tambah pula dengan barang atau apa sahaja percuma. Jadi di akhir sekali baru anda letak harga dan prospek anda pun akan beli sebab dia akan rasa berbaloi dengan apa yang dia dapat dengan harga yang ditawarkan. Jadi anda faham kenapa perlunya website?

2. kalau anda fokus pada media sosial anda hanya dapat customer yang ada akaun facebook/instagram tapi anda tidak akan capai customer yang tiada akaun facebook/instagram, saya tak kata salah cuma kalau anda ada kedua-duanya iaitu facebook, instagram dan website anda dah dapat capai customer yang tiada akaun facebook/instagram sebab bila dia google produk anda yang tersenarai adalah website anda. So yang ada akaun facebook/instagram boleh check di facebook/instagram tapi untuk orang yang tiada akaun facebook/instagram boleh refer di website. Hebat tak? Itu adalah salah satu teknik permasaran sekarang.

Share & komen dibawah jika anda mahu saya bantu anda atau klik disini untuk perkhidmatan membina website